Ikuti Kami:

“Macam Mana Awak..” – Sikap ‘Gentleman’ Kim Woobin Di Majlis Makan Malam Dipuji Ramai

“Macam Mana Awak..” – Sikap ‘Gentleman’ Kim Woobin Di Majlis Makan Malam Dipuji Ramai

Semua orang tidak boleh berhenti bercakap tentang betapa baiknya Kim Woo-bin.

Pada 16 Disember di dalam rancangan “Omniscient Interfering View”, pelawak Lee Young-ja telah mengadakan majlis makan malam di mana dia telah menjemput para pelakon utama “Alienoid” serta beberapa orang pelawak.

Sebagai penggemar makanan, Lee Young-ja telah menyediakan pelbagai hidangan termasuk Kimchi (kubis yang difermentasi) yang baru sahaja dibuat.

Berasa teruja, salah seorang tetamu lantas ingin mencuba juadah tersebut namun mengalami sedikit kesulitan kerana risau jika jus Kimchi tersebut menitis ke baju.

Melihat situasi tersebut, Kim Woo-bin terus menadahkan tangannya di bawah potongan Kimchi tersebut bagi memastikan tidak ada jus yang akan terkena baju.

woobin

Malah, pelakon tersebut turut berjalan ke sekeliling meja dan memberikan setiap orang sehelai tisu supaya mereka boleh mengelap bibir mereka serta secara diam telah menambah kesemua makanan yang berada di atas meja.

Terkesan, Hong Hyun-hee telah memuji tindakan Kim Woo-bin dengan berkata,

Bagusnya awak! Macam mana awak boleh perasan semua benda dengan cepat?

Kim Woo-bin membalas,

Saya pernah bekerja sambilan di restoran sebelum ini, jadi saya dah terbiasa untuk melakukan perkara seperti ini.

Tindakan secara spontan Kim Woo-bin di majlis tersebut telah menunjukkan betapa baik, penyayang serta manisnya pelakon tersebut.

Untung dekat siapa yang dapat Kim Woo-bin kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...