Ikuti Kami:

“Macam Malaikat..” – Pyo Yejin Akui Suami Jang Nara Antara Orang Paling Baik Dia Pernah Temui

“Macam Malaikat..” – Pyo Yejin Akui Suami Jang Nara Antara Orang Paling Baik Dia Pernah Temui

Pasti ramai yang dah tahu bahawa Jang Na-ra telah menamatkan zaman bujangnya dengan ahli sinematografi pada 2022 yang lalu.

Terbaru, Jang Na-ra telah tampil sebagai tetamu dalam program radio SBS PowerFM, yang dihoskan oleh Pyo Ye-jin sebagai DJ khas.

Ketika sedang berborak, Jang Na-ra turut mengimbas kembali kenyataannya pada masa lalu mengenai ciri lelaki idamannya. Katanya,

Saya pada dasarnya suka orang yang baik.

jang nara

Mendengar perkongsian wanita itu, Pyo Ye-jin sempat memuji kebaikan suami Jang Na-ra dengan berkata,

Dia seperti bidadari antara orang yang saya kenali. Melihat mereka bersama, kedua-duanya kelihatan seperti malaikat, sangat baik dan cantik. Dia seorang yang lembut, baik dan melakukan tugasnya dengan baik.

Respon Jang Na-ra dengan turut memuji suaminya itu,

Dia melakukan tugasnya dengan baik. Tidak pernah ada masa terbiar di set. Dia seorang yang cepat bertindak dan tidak tahan melihat ada perkara yang belum diuruskan. Itu adalah daya tarikan terbesarnya.

Untung Jang Na-ra!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Herald POP

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...