Ikuti Kami:

“Macam Kameo” – Dah 10 Episod, Ramai Kecewa Babak Lee Soohyuk Sedikit Dalam ‘Tomorrow’

“Macam Kameo” – Dah 10 Episod, Ramai Kecewa Babak Lee Soohyuk Sedikit Dalam ‘Tomorrow’

Siapa yang memang follow “Tomorrow” hingga episod ke-10 ini?

“Tomorrow” membawa kisah sekumpulan malaikat maut yang bertugas menyelamatkan individu yang mempunyai keinginan untuk membunuh diri. Ianya dibintangi oleh Kim Hee-sun, Rowoon SF9, Lee Soo-hyuk dan Yoon Ji-on.

Meskipun plotnya disukai ramai, namun siri adaptasi webtoon ini turut tidak lari daripada menerima kritikan penonton. Ini kerana watak Park Joong-gil yang dilakonkan oleh Lee Soo-hyuk hanya mempunyai babak yang sedikit pada setiap episod walaupun dinamakan sebagai pelakon utama.

lee soohyuk tomorrow

Kata mereka,

Kenapa saya dapat tengok Lee Soo-hyuk 5 minit je dalam setiap episod.

 

Tiap episod jadi kameo je.

 

Patut banyak lagi babak Lee Soo-hyuk. Kenapa dia hanya muncul pada akhir episod?

 

Bila lah dia nak jadi pelakon utama…

 

Ada juga dialog episod kali ini, sebelum ni dia jeling Goo Ryun lepas tu hilang.

Dalam pada itu, “Tomorrow” turut gagal menarik perhatian ramai biarpun berjaya meraih rating tinggi iaitu 7.6% pada awalnya. Kini, siri itu hanya mampu berlegar-legar di sekitar rating 2% ke 3% di mana episod terbaru ini hanya mencatatkan angka 2.5% iaitu rekod terendah sepanjang tayangan.

Apa pula kata anda?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...