Dari 7% Ke 2%, Rating ‘Tomorrow’ Terus Jatuh Meski Dibarisi Pelakon Popular
- oleh irsa
- 4 tahuns lalu
Di mana silapnya “Tomorrow” hingga rating pada saban episod menunjukkan penurunan yang ketara?
Artikel Berkaitan
Meskipun diadaptasi daripada webtoon popular, naskhah itu tidak dapat mempertahankan popularitinya kini. Bermula dengan rating membanggakan iaitu 7.6% pada episod pertama, ianya berkurang hampir separuh semasa episod kedua iaitu 3.4%.

Menunjukkan peningkatan pada episod ketiga dengan rating sebanyak 5.4% namun catatan itu menurun kepada 4.1%, 3.5% dan 2.7% ketika episod terbarunya (episod ke-6).
Turut dibanjiri dengan pujian namun tetap terselit beberapa kritikan di celahannya. Antaranya ialah, “Saya meletakkan harapan yang tinggi tapi ia tak menyeronokkan buat saya”, “Lakonan para pelakon kurang baik” dan “Ianya membosankan”.

Untuk pengetahuan, “Tomorrow” membawa kisah sekumpulan malaikat maut yang bertugas menyelamatkan individu yang mempunyai keinginan untuk membunuh diri. Ianya dibintangi oleh Kim Hee-sun, Rowoon SF9, Lee Soo-hyuk dan Yoon Ji-on.
Kenapa agaknya rating menurun?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




