Sepertinya “Twenty Five, Twenty One” terus membuatkan penonton tak senang duduk dengan pendedahan mengejutkan dalam episod terbarunya.
[Amaran SPOILER]
Selepas pelbagai turun naik, penonton di bawa ke tahun 2009 pada penghujung episod ke-14 drama ini. Dapat dilihat Baek Yi-jin sudah menjadi pembaca berita kini dan dia menjalani temubual bersama Na Hee-do.
Walau bagaimanapun, perubahan ekspresi dan tingkah laku antara mereka membuatkan ramai gelisah. Sepertinya mereka sudah lama tidak bertentang mata antara satu sama lain. Lebih mengejutkan apabila lelaki itu memberikan ucapan tahniah buat Na Hee-do atas perkahwinannya.
Pendedahan tak diduga
Ucapan Baek Yi-jin nyata membuatkan penonton terkesima dan semakin yakin bahawa kedua mereka tidak bersama akhirnya. Malah menerusi perkiraan penonton Kim Min-chae dilahirkan pada tahun 2006, bermaknan berkemungkinan besar Baek Yi-jin, bukanlah bapa remaja itu.
Komen penonton,
Pertama kali harapan saya musnah dalam sekelip mata.
Penulis, awak pandai bergaduh kan?
Dia beri ucapan tahniah untuk diri sendiri kan?
Salah saya sebab terlalu menghayati drama ini.
Lebih sedih daripada ketika saya ditinggalkan.
Makin samar-samar je ending bahagia..
Pendapat korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.