Ikuti Kami:

“Macam Anak Patung..” – Terajui ‘Jinxed At First’, Na Inwoo Kongsi Tanggapan Pertama Pada Seohyun

“Macam Anak Patung..” – Terajui ‘Jinxed At First’, Na Inwoo Kongsi Tanggapan Pertama Pada Seohyun

Setelah 16 episod bersiaran, drama “Jinxed At First” telah pun melabuhkan tirainya semalam.

Bagi yang belum tahu, “Jinxed At First” ialah drama adaptasi webtoon, yang mengikuti kisah romantik fantasi mengenai seorang lelaki malang dan miskin, bertemu dengan dewi kekayaan yang disorok oleh satu keluarga kaya.

Dalam temu bual yang dilakukan baru-baru ini bersama iMBC, Na In-woo mendedahkan sikap Seo-hyun di set “Jinxed At First”. Dia pada awalnya memuji idola itu sebagai seorang ‘pelakon yang degil’. Kongsinya,

Seohyun tidak pernah malu. Dia seorang pelakon yang sangat gigih. Dia menyatakan dengan tepat apa yang dia fikirkan dan ada sesuatu yang perlu dipelajari dalam bahagian itu. Malah, dia benar-benar menjaga dirinya sendiri.

kbs jinxed at first

Sambung Na In-woo,

Apabila memainkan wataknya, Seo-hyun mengatakan segala-gala dalam fikirannya. Jika ada apa-apa yang dia mahu, dia akan mengatakannya tidak kira apa. Dalam kes saya, saya cenderung untuk turun dan menonton situasi dahulu kemudian mengetahui apa yang pelakon lain mahu dan mendekati mereka.

Kemudian, Na In-woo turut berkongsi tanggapan pertamanya pada Seohyun ketika pertama kali jumpa di set penggambaran. Jelasnya,

Dia seperti anak patung. Saya tidak memikirkan GIRLS’ GENERATION. Ini kerana saya bertemu dengan ‘Pelakon Seohyun’. Saya tidak begitu banyak memikirkan tentang GIRLS’ GENERATION.

jinxed at first

Korang dah layan belum “Jinxed At First” sehingga episod akhir?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...