Ikuti Kami:

“Macam Anak Patung..” – Awet Muda, Penampilan Terkini Han Yeseul Buat Netizen Terkejut

“Macam Anak Patung..” – Awet Muda, Penampilan Terkini Han Yeseul Buat Netizen Terkejut

Walaupun semakin berusia, kecantikan Han Ye-seul sekali lagi menjadi perbualan netizen.

Pada 7 Disember, Han Ye-seul telah hadir di sebuah acara jenama kosmetik yang diadakan di sebuah gedung membeli belah yang terletak di Gangnam, Seoul.

Di mana, pada hari tersebut pelakon itu telah menarik perhatian ramai dengan penampilan serta wajahnya yang kecil.

Malah selepas acara itu tamat, pelakon tersebut telah membuat hantaran beberapa keping gambar di media sosialnya dengan kapsyen,

Saya telah melawat kedai kecantikan yang penuh dengan suasana percutian. Sila beri sokongan anda.

yeseul ig

Penampilan Han Ye-seul di acara itu juga telah dipuji oleh netizen di mana rata-rata mereka berkata,

Dia nampak seperti masih berada di usia 20-an.

 

Saya akan percaya jika anda kata dia masih berumur 20-an, sebab dia sangat cantik.

 

Dia nampak seperti anak patung.

 

Cantiknya! Terlalu cantik sehingga tak boleh nak luah dengan kata-kata.

Dilahirkan pada tahun 1981, Han Ye-seul kini telah berusia 42 tahun dan sedang menjalinkan hubungan percintaan secara terbuka bersama lelaki yang muda 10 tahun darinya, Ryu Sung-jae sejak Mei 2021.

Cemburunya bila lihat gambar terkini Han Ye-seul..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...