Ikuti Kami:

“Macam Ambil Kesempatan” – Minta Peminat Jadi Penterjemah Tanpa Bayaran, Kim Taeri Dikecam

“Macam Ambil Kesempatan” – Minta Peminat Jadi Penterjemah Tanpa Bayaran, Kim Taeri Dikecam

Tidak semena-semena, pelakon Kim Tae-ri telah dikritik atas perkara ini..

Terbaru pada 22 Mei, Kim Tae-ri telah menyiarkan satu foto di akaun Instagramnya, sambil memberitahu peminat bahawa dia sedang mengejarkan episod ke-3 vlog dengan sarikata dalam bahasa Inggeris.

Bagaimanapun, entri tersebut telah dikritik ramai kerana pelakon itu turut bertanya sekiranya ada sesiapa yang mahu menjadi penterjemah untuk videonya di YouTube secara sukalera. Tulisnya,

Selepas membaca komen YouTube, kami mendapati ada peminat dari pelbagai negara. Kami tertanya sama ada terdapat cara untuk menyediakan sari kata dalam bahasa ibunda mereka dan menghasilkan idea ini. Kami fikir mungkin ada individu berbakat dari negara berbeza yang ingin melibatkan diri dalam terjemahan. Projek ini berdasarkan kesukarelawanan. Jika sesiapa berminat, sila isi borang dan pasukan kami akan menghubungi anda.

Selepas hantaran berkenaan tersebar, netizen rata-rata mengecam pelakon itu kerana meminta orang untuk bekerja sebagai penterjemah secara sukarelawan dan tidak memberikan bayaran rasmi kepada mereka. Hal ini kerana, aktiviti menterjemah boleh mengambil masa yang lama mengikut durasi video, dan orang yang bekerja pada terjemahan seharusnya dibayar.

kim taeri

Tidak lama kemudian, entri tersebut sudah pun dipadam dan agensi Kim Tae-ri juga telah mengeluarkan kenyataan permohonan maaf mengenai kontroversi itu.

Hello, ini pengurusan mmm.

Kami ingin menyatakan pendirian rasmi kami mengenai vlog ‘So This Is The Place?’ (nama YouTube) terjemahan sari kata.

Siri vlog tidak menjana sebarang pendapatan daripada iklan atau cara lain. Kami juga tidak menyamakan emosi seseorang individu dengan keuntungan kewangan. Sejak penubuhan ‘So This Is The Place?’, dan sambil kerja sarikata bahasa Inggeris diteruskan, komitmen Tae-ri kepada peminatnya telah menjadi penggerak tunggal.

Satu-satunya niat di sebalik permintaan bantuan terjemahan adalah untuk menjadikan vlog lebih mudah diakses oleh peminat antarabangsa. Walau bagaimanapun, di sebalik niat kami, kami mengakui dan amat kesal atas kesusahan yang tidak diingini yang ditimbulkan oleh pengumuman ini kepada ramai individu.

Kami ingin menegaskan bahawa kami tidak pernah berniat untuk mengambil kesempatan ke atas sesiapa dalam proses membuat ‘So This Is The Place?’. Apabila terdapat keadaan yang memerlukan pampasan, kami memastikan bahawa ia disediakan dengan cara yang adil.

Kami dengan tulus ikhlas memohon maaf sekali lagi atas sebarang kesulitan yang mungkin ditimbulkan oleh keputusan kami.

Terima kasih.

Mungkin ada peminat yang memang sanggup buat secara percuma kan?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...