Ikuti Kami:

Berlatarkan 1950-an, Shin Yeeun Dilamar Sertai Kim Taeri Dalam Drama ‘Jeong Nyeon’

Berlatarkan 1950-an, Shin Yeeun Dilamar Sertai Kim Taeri Dalam Drama ‘Jeong Nyeon’

Selepas muncul dalam “Revenge of Others” dan “The Glory”, Shin Ye-eun berkemungkinan akan tampil dalam drama baru.

Terbaru pada 22 Februari, Shin Ye-eun dilaporkan akan sertai Kim Tae-ri dalam drama adaptasi webtoon “Jeong Nyeon”. Tidak lama kemudian, agensi pelakon itu memberi respon,

Shin Ye-eun sedang meneliti secara positif untuk muncul dalam ‘Jeong Nyeon’.

Untuk pengetahuan, “Jeong Nyeon” berlatarkan tahun 1950-an, akan menggambarkan kisah seorang wanita muda bernama Yoon Jeong-nyeon (Kim Tae-ri) yang membesar tanpa apa-apa dan tidak belajar apa-apa, tetapi mempunyai matlamat untuk menjadi kaya.

shin yeeun

Jika Shin Ye-eun menerima tawaran ini, dia akan menghidupkan watak sebagai Heo Young-seo, saingan terbesar kepada Jeong-nyeon.

Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai drama ini!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...