Ikuti Kami:

Ma Dongseok Kembali Mengganas Dalam Roundup (The Outlaws 2)

Ma Dongseok Kembali Mengganas Dalam Roundup (The Outlaws 2)

Pasti ramai peminat filem Korea menantikan kemunculan semula pelakon hebat adegan aksi, Ma Dong-Seok yang sebelum ini juga pernah tampil dalam filem antarabangsa Marvel’s The Eternals. Seperti yang diharapkan, Ma Dong-Seok akan kembali dalam siri filem terbaharu, Roundup (The Outlaws 2)

Dalam filem ke 2 kali ini Roundup, hero aksi itu sebagai Don Lee yang membawa watak sebagai “beast cop”. Don Lee menuju ke negara luar untuk menyingkirkan suspek jenayah yang dicarinya namun sejurus ketibaannya di negara luar, Don Lee mendapati kes jenayah di negara itu semakin berleluasa dan terdapat seorang pembunuh kejam yang sering melakukan jenayah terhadap pelancong di situ.

Menerusi bingkisan teaser filem Roundup di aplikasi Youtube, konsep yang diketengahkan masih tetap memberi impak yang mengujakan terutama sekali di babak-babak pergaduhan antara Don Lee dan penjenayah lain. Pembawaan watak yang ganas namun santai oleh Ma Dong-Seok dari filem the Outlaws yang pertama sangat meninggalkan pengaruh dalam kalangan penonton kerana filem tersebut mampu menyuntik perhatian dan minat penonton untuk terus menantikan filem kedua kali ini.

Melihat ruangan komen di laman Youtube tersebut, terbukti ramai penonton yang sangat menantikan tarikh filem Roundup, The Outlaws 2 dikeluarkan. Sudah tentu, filem ini sekali lagi akan menggegarkan dunia perfileman Korea tahun ini.

Agaknya siapalah pelakon yang memegang watak penjahat itu ya?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...