Ikuti Kami:

Lelaki Korea Utara Dedah Hyunbin Tak Dianggap Kacak Di Negara Itu, Tapi Ma Dongseok Jadi Pilihan Hati Ramai?

Lelaki Korea Utara Dedah Hyunbin Tak Dianggap Kacak Di Negara Itu, Tapi Ma Dongseok Jadi Pilihan Hati Ramai?

Umum mengetahui bahawa Hyunbin merupakan pelakon yang tengah ‘hot’ sekarang ini! Berkat lakonannya yang menjadi dan meruntun perasaan dalam drama “Crash Landing On You” yang ditayangkan pada awal tahun ini membuatkan semakin ramai yang isi borang untuk jadi peminatnya.

Semua orang yang merupakan penonton setia drama romantik ini pasti sedar bahawa ia membawa kisah hubungan cinta terlarang di antara dua negara iaitu Korea Selatan dan Korea Utara. Sudah berdekad bermusuh, sudah pasti plot sebegini berjaya menarik perhatian penonton kerana kesegaran dan keunikannya.

hyunbin tidak disukai di korea utara

Dek kerana Hyunbin yang nampak kacak di dalam drama tersebut, tak peliklah kenapa ratingnya boleh mencanak naik dengan tingginya sehingga berjaya mengalahkan rekod yang dipegang oleh drama “Goblin”. Pun begitu, seorang lelaki berasal daripada Korea Utara menceritakan bahawa lelaki seperti Hyunbin tidak dianggap kacak di negara tersebut secara realitinya. Apa?!

Menurut lelaki tersebut menerusi laman Youtubenya, penduduk Korea Utara sangat takutkan individu yang berbadan gempal.

Tidak ada benda yang dipanggil sebagai ‘diet’ di Korea Utara dan hanya orang daripada kalangan kaya sahaja yang mempunyai perut ke depan. Sebab itulah standard kecantikan di Korea Selatan dan Korea Utara adalah sangat berbeza.

Bagi rakyat Korea Utara, mempunyai rangka yang besar dikaitkan dengan kecantikan. Orang yang lagi kurus daripada saya dilayan lagi teruk daripada anjing, Saya tak rasa Hyunbin akan dikira sebagai tampan di sana. Mereka lebih sukakan lelaki yang kelihatan seperti Ma Dongseok.

ma dongseok disukai di korea utara

Mendengarkan penjelasan lelaki Korea Utara itu membuatkan ramai netizen yang telah siap merancang untuk berpindah ke sana. Tak kurang juga, ada segelintir yang mengatakan kalau di Korea Selatan, mesti asyik dengar rungutan ‘Turunkan berat badan!’ tetapi kalau di Korea Utara, pasti kena syarahan supaya ‘Naikkan berat badan!’.

Apa-apa pun, yang besar mahu pun kecil, semuanya nampak cantik! Yang penting, kesihatan adalah paling utama.

Sumber: Youtube

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...