Ikuti Kami:

Ma Dongseok Dedah Sudah Setahun Berkahwin Dengan Ye Jeonghwa

Ma Dongseok Dedah Sudah Setahun Berkahwin Dengan Ye Jeonghwa

Tanpa disangka-sangka, Ma Dong-seok memberikan ucapan istimewa yang nyata memeranjatkan peminat.

Terbaru, pelakon berbadan sasa itu telah memenangi Anugerah Artis Filem untuk filem “The Roundup” di ‘SACF Artists Of The Year Award’ ke-12.

Ucapnya,

Saya mengucapkan terima kasih kerana menjemput saya ke acara bermakna ini. Saya merupakan seorang yang masih kekurangan dalam lakonan dan penghasilan, saya sangat bersyukur dengan anugerah bermakna dan berharga ini dan saya menganggapnya sebagai saranan menyejukkan hati.

Tambahnya,

Saya ingin menyampaikan ucapan cinta dan penghargaan buat ‘isteri’ tercinta Ye Jeong-hwa dan keluarga yang banyak menyokong selain rakan sekerja dalam ‘The Roundup’.

ma dongseok

Gelaran yang diberikan buat kekasih yang lebih muda 17 tahun itu nyata menarik perhatian ramai.

Respon agensinya,

Mereka telah mendaftarkan perkahwinan pada tahun lalu. Mereka tidak dapat melangsungkan majlis perkahwinan kerana pandemik dan jadual yang padat. Kami akan memuat naik mengenainya nanti.

Untuk pengetahuan, Ma Dong-seok dan Ye Jeong-hwa mengumumkan hubungan mereka pada umum pada 2016 dan lebih senang menyembunyikan hubungan mereka daripada tatapan ramai.

Tahniah!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...