Utama Drama Korea Kisah Serangga Gergasi Kuasai Dunia, Ma Dongseok Dilapor Terajui Drama Adaptasi Webtoon...

Kisah Serangga Gergasi Kuasai Dunia, Ma Dongseok Dilapor Terajui Drama Adaptasi Webtoon ‘Hive’

ma dongseok

Selepas filem “The Outlaws 2”, Ma Dong-seok nampaknya sedang dalam proses memilih naskhah lakonannya yang seterusnya.

Menurut laporan industri filem pada 11 Ogos, Ma Dong-seok baru-baru ini telah memutuskan untuk muncul sebagai watak utama dalam drama “Hive”.

Untuk pengetahuan, “Hive” ialah drama adaptasi webtoon dengan nama yang sama, menggambarkan dunia apokaliptik di mana seekor serangga gergasi muncul dan memusnahkan tamadun.

Selain itu, turut dilaporkan, dengan kos pengeluaran lebih 20 bilion won, musim pertama drama ini dirancang akan dihasilkan sebanyak enam episod. Ia juga dijangka akan ditayangkan menerusi laman penstriman global, untuk menarik perhatian penonton seluruh dunia.

ma dongseok

Fuh sibuk Ma Dong-seok!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERStar News
Loading...