Ikuti Kami:

Lunaskan Tanggungjawab, 9 Idola K-Pop Ini Bakal Tamat Khidmat Ketenteraan Pada 2024

Lunaskan Tanggungjawab, 9 Idola K-Pop Ini Bakal Tamat Khidmat Ketenteraan Pada 2024

Semua tahu bahawa lelaki di Korea wajib menjalani latihan ketenteraan dan turut tidak terkecuali adalah idola K-Pop.

Perkongsian KimchiDaily kali ini ialah tentang idola K-Pop yang bakal menamatkan latihan ketenteraan mereka pada tahun 2024 nanti.

Jin BTS (12 Jun 2024)

idola kpop habis tentera pada 2024

Pada 13 Disember 2022, Jin BTS telah menyertai latihan tentera Divisyen Infantri ke-5 di Yeoncheon. Selepas 5 minggu menjalani latihan itu, Jin telah ditempatkan sebagai askar bertugas aktif dalam tentera. Dalam pada itu, tarikh pelepasan penyanyi ini dari khidmat ketenteraan telah dijadualkan pada 12 Jun 2024 nanti.

Wonho (4 September 2024)

idola kpop habis tentera pada 2024

Won-ho ialah penyanyi solo yang dahulunya merupakan ahli kumpulan MONSTA X. Namun, dia mengumumkan keluar daripada kumpulan itu apabila didakwa terpalit dengan skandal dadah. Won-ho memulakan khidmat kententeraan pada 5 Disember 2022 dan dijangka akan menamatkannya pada 4 September 2024.

Mino WINNER (22 September 2024) 

idola kpop habis tentera pada 2024 (

Ahli kumpulan WINNER ini memulakan latihan tenteranya sebagai pekerja perkhidmatan awam mulai 24 Mac 2024. Mino akan selesai menjalani tanggungjawabnya pada 22 September 2024 nanti. Sekadar info, Mino merupakan ahli ketiga WINNER yang mendaftar di tentera selepas Jin-woo dan Seung-hoon.

Minhyuk MONSTA X (3 Oktober 2024) 

idola kpop habis tentera pada 2024

Min-hyuk memasuki tentera Korea Selatan untuk perkhidmatan mandatorinya pada 4 April 2023. Selain itu, dia adalah ahli MONSTA X kedua yang menyertai tentera Korea selepas ketua kumpulan, Shownu. Pada 3 Oktober 2024 nanti, Min-hyuk bakal menamatkan latihan ketenteraannya.

J-Hope BTS (17 Oktober 2024) 

idola kpop habis tentera pada 2024

Selepas Jin, J-Hope adalah ahli BTS seterusnya yang menjalani khidmat ketenteraan. Pada 17 April yang lalu, J-Hope telah ditempatkan di Wilayah Gangwon untuk memenuhi kewajipannya sebagai rakyat Korea menjadi askar bertugas aktif. J-Hope dijadualkan akan menamatkan latihan ketenteraannya pada 17 Oktober 2024.

Jay B GOT7 (1 November 2024)

idola kpop habis tentera pada 2024

Jay B kini sedang menyelesaikan tugas ketenteraannya sebagai kakitangan kerja perkhidmatan awam. Dia bakal menamatkan khidmat itu pada 1 November tahun hadapan.

Jinyoung GOT7 (4 November 2024)

idola kpop habis tentera pada 2024

Tidak lama selepas Jay B, BH Entertainment mengesahkan bahawa Jin-young akan berkhidmat sebagai askar bertugas aktif mulai 8 Mei 2023. Seterusnya, pada 4 November 2024 Jin-young akan menamatkan latihan ketenteraannya.

Kai EXO (7 November 2024) 

idola kpop habis tentera pada 2024

Lain cerita buat penyanyi ini, Kai mendapat notis menyertai latihan ketenteraan pada 3 Mei 2023 iaitu seminggu sebelum dia perlu mendaftarkan diri (11 Mei 2023). Dijadualkan pada 7 November 2024, Kai akan menamatkan latihan tenteranya.

Yoon WINNER (20 Disember 2024) 

idola kpop habis tentera pada 2024

YG Entertainment telah mengesahkan idola itu menyertai tentera pada 20 Jun lalu. Yoon bakal menghabiskan duti ini pada akhir tahun 2024 iaitu pada 20 Disember.

Tak sabar nak tunggu kemunculan mereka selepas habis khidmat tentera!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...