Utama K-Pop LUNARSOLAR Bakal Lancar Single ‘Do You Wanna Get Down’ Tanda Pengakhiran Kumpulan

LUNARSOLAR Bakal Lancar Single ‘Do You Wanna Get Down’ Tanda Pengakhiran Kumpulan

lunarsolar

Baru-baru ini, industri K-pop dikejutkan dengan khabar pembubaran kumpulan LUNARSOLAR yang bakal tamat selepas kurang dari 2 tahun sejak awal debut mereka. Terbaru, mereka disahkan bakal rilis single sebagai tanda pengakhiran kumpulan mereka.

Pembubaran sebagai artis eksklusif kumpulan itu disahkan sendiri oleh agensi mereka J Planet Entertainment setelah mereka semua mencapai satu kata sepakat. Ahli kumpulan LUNARSOLAR, iaitu Eseo, Tae-ryeong, Ji-an dan Yuu-ri bakal membawa haluan mereka sendiri selepas ini.

Namun, terbaru mereka turut dikatakan bakal rilis satu single “Do You Wanna Get Down” sebelum mereka menamatkan aktiviti mereka sebagai satu kumpulan. Sebelum ini, LUNARSOLAR, yang membuat debut mereka dengan album single pertamanya “SOLAR: flare” pada September 2020 malah pernah juga melancarkan “SOLAR: rise” dan “Christmas is You”. Malah mereka juga sebelum ini, sangat aktif dalam rancangan muzik dan juga rancangan radio.

lunarsolar

Single “Do You Wanna Get Down” dikhabarkan bakal dilancarkan pada hari yang sama kumpulan mereka dibubarkan. Jadi, tunggu ‘update’ seterusnya okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERTV Daily
Loading...