Ikuti Kami:

LUNARSOLAR Dibubarkan Selepas Kurang Dari 2 Tahun Debut

LUNARSOLAR Dibubarkan Selepas Kurang Dari 2 Tahun Debut

Baru sahaja ingin mengorak langkah dalam industri, dah dibubarkan pula. Itu ada situasi yang berlaku kepada kumpulan gadis LUNARSOLAR yang telah dibubarkan baru-baru ini.

Ahli kumpulan LUNARSOLAR iaitu Eseo, Tae-ryeong, Ji-an dan Yuu-ri telah memutuskan untuk berpisah kerana agensi itu menamatkan kontrak artis eksklusif mereka. Agensi kumpulan LUNARSOLAR iaitu J Planet Entertainment mengeluarkan satu kenyataan rasmi melalui akaun Instagram (@lunarsolar.official) yang mengumumkan pembubaran rasmi kumpulan gadis itu.lunarsolar

J Planet Entertainment ingin memaklumkan bahawa selepas perbincangan panjang dengan ahli LUNARSOLAR, kami memutuskan untuk menamatkan kontrak mereka sebagai artis eksklusif.

Eseo, Tae-ryeong, Ji-an, Yuu-ri memutuskan untuk berpisah dengan menyokong satu sama lain untuk permulaan baharu mereka dan J Planet Entertainment juga mendoakan yang terbaik untuk masa depan baharu setiap ahli pada masa hadapan.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang menyayangi dan menyokong LUNARSOLAR sehingga kini, dan berharap anda terus menyokong aktiviti baharu mereka yang akan datang.

Terima kasih.

Kesian kan mereka? Walaubagaimanapun, kita sama-sama berharap agar perjalanan baharu mereka akan membuahkan hasil. Korang teruskan menyokong okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...