Ikuti Kami:

Luah Rasa Syukur, Kim Sowon Kongsi Ahli GFRIEND Terus Beri Sokongan Hebat Dalam Karier Baru

Luah Rasa Syukur, Kim Sowon Kongsi Ahli GFRIEND Terus Beri Sokongan Hebat Dalam Karier Baru

Bekas ahli GFRIEND, Kim So-won rasa macam jadi rookie semula?

Baru-baru ini, Kim So-won mengadakan satu sesi penggambaran gambar bersama majalah @star1 untuk pengisian Januari yang akan datang.

Dalam pada itu, Kim So-won juga sempat berkongsi pandangannya mengenai perjalanan kariernya sebagai seorang pelakon. Selepas debut sebagai pelakon pada tahun lalu, Kim So-won kini bernaung di bawah syarikat OUI Entertainment.sowonMelihat kepada karier baru itu, dia berkata,

Saya rasa macam saya kembali menjadi rookie. Perjalanan saya dalam karier ini masih jauh. Memandangkan saya sendiri tidak banyak pengalaman sebagai pelakon, saya cuba menetapkan cara pemikiran saya seperti seorang rookie. Jadi, saya akan lebih bersungguh untuk belajar. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SOWON (@onedayxne)

Dia juga berkongsi bahawa,

Rakan-rakan GFRIEND saya yang lain juga menunjukkan sokongan tanpa henti kepada saya dan saya sangat bersyukur. Mereka umpama bot pujian. Saya jadi lebih yakin kerana mereka akan tetap menyokong saya walau apa pun.

Sambungan kepada itu juga, dia berkongsi mengenai dua figura yang dijadikan sebagai ‘role model’ dalam bidang lakonan.

Saya suka melihat Seo Hyun-jin dan Lee Bo-young. Apabila saya melihat lakonan mereka, saya akan berasa kagum tanpa henti. Harapan saya adalah untuk menjadi pelakon yang sangat hebat dalam lakonan sehinggakan penonton boleh merasakan ‘goosebump’. Saya akna berkerja keras dan membuat semuanya dengan bersungguh.

gfriendRakan-rakan yang baik itu satu rezeki ya…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...