Ikuti Kami:

“Saya Tak Tahu ‘MAGO’ Ialah Promosi Akhir Kami..” – SinB Dedah Kisah Pembubaran GFRIEND

“Saya Tak Tahu ‘MAGO’ Ialah Promosi Akhir Kami..” – SinB Dedah Kisah Pembubaran GFRIEND

Berita tentang pembubaran GFRIEND masih rasa mengejutkan sehingga kini kan?

Tahun lalu, GFRIEND secara rasmi dibubarkan berikutan tamatnya kontrak mereka dengan Source Music. Walaupun berpisah, ahli GFRIEND masih lantang menyokong satu sama lain apabila mereka berada di bawah agensi yang berbeza kini dan bulan lalu, SinB, Eunha dan Umji telah membuat debut semula sebagai kumpulan tiga ahli, VIVIZ serta Yuju debut sebagai artis solo.

Pada episod terbaru “SCAN VIVIZ” di YouTube, SinB bercakap terus terang tentang pembubaran GFRIEND dan mengaku bahawa dia tidak tahu keluaran 2020 mereka “MAGO” merupakan promosi dan lagu terakhir mereka bersama. SinB dengan kesal menceritakan,

Saya rasa ia bermula sekitar promosi ‘Fever’. Sejak itu, saya benci melihat diri saya buat persembahan. Saya pernah sangat suka menonton fancam diri saya sendiri, tetapi bermula sejak itu, saya berhenti menontonnya, dan saya benci melihatnya kerana saya tidak berpuas hati dengan persembahan saya sendiri. Maka bermula dari itu, saya secara beransur-ansur mula hilang motivasi.

gfriend mago

Dia menyambung,

Saya tidak tahu bahawa ‘MAGO’ akan menjadi promosi terakhir kami sebagai kumpulan. Oleh itu, saya menjalani promosi itu dengan perasaan tidak bermotivasi kerana kemurungan saya. Apabila melihat kembali sekarang, saya mendapati diri saya terfikir, ‘Mengapa saya menamatkan promosi tersebut tanpa sebarang motivasi?’. Saya fikir itu mungkin sebab saya berkobar-kobar dengan motivasi sekarang, sebab saya lebih berazam untuk bekerja keras.

SinB terus mengingati bahawa GFRIEND telah melalui masa yang sangat sukar sebelum pengumuman rasmi pembubaran mereka. Dia berkongsi,

Kami tidak tahu bagaimana untuk memberitahu peminat kami, ‘Kami tidak akan promosi sebagai kumpulan lagi. GFRIEND tidak akan memperbaharui kontrak kami’. Kami tidak dibenarkan memberitahu peminat terlebih dahulu sebelum pengumuman oleh syarikat. Jadi jika anda menonton siaran V Live kami dari kira-kira sebulan sebelum berita pembubaran kami tersebar, ahli tiba-tiba akan mula menangis di tengah-tengah. Terdapat klip anggota yang menangis ketika menonton video peminat yang bersorak buat kami.

Tambahnya,

Kami menangis terlalu banyak sebelum ini sehingga saya fikir kami tidak akan menangis pada hari keluarnya artikel berita mengenai pembubaran kami, kerana kami sudah banyak menangis. Tetapi apabila kami semua melihat berita itu pada waktu pagi, kami semua keluar dari bilik kami dan menangis pada masa yang sama.

sinb gfriend bubar

Bagaimanapun, SinB turut menegaskan bahawa dia yakin GFRIEND akan bersatu semula suatu hari nanti, sambil menyatakan bahawa VIVIZ telah memilih untuk tidak mempunyai ketua untuk kumpulan itu, kerana mereka masih menganggap Sowon ialah ketua mereka.

Sejujurnya, saya percaya GFRIEND akan kembali bersama satu hari nanti untuk mengeluarkan album atau melakukan sesuatu sebagai kumpulan. Jadi kami memutuskan antara kami sendiri, ‘Kami tidak memerlukan lebih daripada seorang pemimpin, Sowon sudah cukup. Jadi kami tak perlu memilih pemimpin’. Dan kami tidak memilih ketua baharu. Kami membiarkan tempat ketua terbuka untuknya (Sowon).

Sementara itu, VIVIZ juga akan bertanding dalam program Mnet “Queendom 2”, yang bakal ditayangkan pada 31 Mac ini.

Sampai sekarang, masih rindu GFRIEND kan…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...