Ikuti Kami:

Luah Rasa Rindu, Kang Jiyoung Beri Hadiah Album Baru KARA Di Makam Mendiang Gu Hara

Luah Rasa Rindu, Kang Jiyoung Beri Hadiah Album Baru KARA Di Makam Mendiang Gu Hara

Comeback KARA masih menjadi bualan hangat sehingga kini kan?

Terbaru, jika korang menjengah ke laman Instagram Kang Ji-young KARA, korang mesti nampak di mana dia berkongsi satu muat naik yang menyentuh hati.

Dia memuat naik gambar berserta kapsyen,

Semasa mengakhiri promosi kami, saya rasa sesuatu yang… agak sukar untuk saya meluahkan perasaan ini… Saya telah cuba menenangkan diri dan banyak berfikir sejak beberapa hari lalu. Apa yang perlu saya lakukan apabila semua ini masih terasa seperti mimpi?

karaDia menyambung,

Saya seorang yang sangat kuat apabila saya bersama ahli, dan saya bersyukur kerana saya boleh melakukan perkara yang sangat hebat. Saya rasa saya terlupa mengenainya semasa melakukan aktiviti solo selepas meninggalkan kumpulan selama hampir 9 tahun. Sekali lagi, sebagai ahli KARA, saya sangat gembira kerana dapat kembali!

Memandangkan kita boleh bersatu lagi dengan nama KARA, apa yang boleh saya katakan ialah saya sangat bersyukur dan gembira untuk promosi ini. Terima kasih kepada semua orang yang membantu kami!

Di akhir ucapannya, Ji-young menitipkan ucapan berserta gambar di mana dia melawat ke tempat pengebumian Gu Ha-ra. Dia berkata,

Unnie! Hari yang baik untuk kita semua sudah tiba! Awak boleh dengarkan saya tak? Ini lah detik yang kamu nantikan! Saya sayangkan awak! Saya rindukan awak!

Kami pun masih teringatkan Gu Hara!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...