Siap sedia semua untuk saksikan drama baharu Park Min-young!

Untuk pengetahuan, “Love in Contract” atau sebelum ini dipanggil “Mon-Wed-Fri-Tue-Thurs-Sat” adalah drama mengenai perkhidmatan pembantu yang menyediakan isteri kepada orang bujang, yang memerlukan pasangan untuk dibawa ke perhimpunan pasangan suami isteri dan perjumpaan sekolah.
Terbaru pada 12 Ogos, tvN telah berkongsi foto ketika sesi pembacaan skrip drama “Love in Contract”, yang dihadiri pelakon utama termasuk Park Min-young, Go Kyung-pyo, Kim Jae-young dan ramai lagi.
https://twitter.com/CJnDrama/status/1557871988860825600
Pasukan produksi “Love in Contract” turut berkongsi,
Ia adalah pembacaan skrip yang sangat mengasyikkan yang saya tidak tahu bagaimana masa berlalu. Segala-galanya sempurna, jadi saya berasa sangat seronok sepanjang membaca. Sila nantikan dan perhatikan ‘Love in Contract’.
Dalam pada itu, “Love in Contract” akan ditayangkan pada bulan September ini selepas siri “Adamas” tamat. Nantikan!