Ikuti Kami:

‘Little Women’ Diharamkan Tayang Di Netflix Vietnam, Tapi Kenapa?

‘Little Women’ Diharamkan Tayang Di Netflix Vietnam, Tapi Kenapa?

Selepas isu plagiat poster, drama “Little Women” telah terpalit dengan satu lagi kontroversi.

Bagi yang belum tahu, “Little Women” membawa kisah adik-beradik perempuan yang berani namun miskin melawan keluarga terkaya di Korea. Ianya diterajui Kim Go-eun, Nam Ji-hyun dan Park Ji-hu.

Terbaru pada 6 Oktober, drama tersebut telah diharamkan secara rasmi untuk tayang di Netflix Vietnam. Hal ini kerana, “Little Women” telah menayangkan kandungan yang mengandungi penyelewengan sejarah Perang Vietnam pada episod 3 dan 8 drama berkenaan.

Sebelum ini pada 3 Oktober, ketua Pihak Berkuasa Penyiaran dan Maklumat Elektronik Vietnam telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang ditujukan kepada platform penstriman Netflix, meminta agar drama “Little Women” dikeluarkan daripada Netflix negara itu.

tvn little women

Turut dinyatakan bahawa “Little Women” telah memfitnah Vietnam semasa perang Vietnam, menghina negara, yang mana boleh memutar belitkan sejarah sebenar. Ianya melanggar undang-undang penyiaran yang dinyatakan dalam Fasal 4, Perkara 11 Undang-undang Media dan Penyiaran Vietnam.

Berikutan itu, pasukan produksi “Little Women” mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan isu ini dengan berkata,

Kami ingin memaklumkan penonton tentang beberapa kebimbangan yang berkaitan dengan latar yang diliputi dalam ‘Little Women’. Dalam pengeluaran kandungan masa hadapan, kami akan memberi lebih perhatian dengan mengambil kira sensitiviti sosial dan budaya.

Dalam pada itu, 2 episod terakhir “Little Women” bakal ditayangkan pada Sabtu dan Ahad ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...