Ikuti Kami:

Lisa & Jennie Keluar, Media Lapor Rundingan Kontrak Ahli BLACKPINK Tak Berjalan Lancar?

Lisa & Jennie Keluar, Media Lapor Rundingan Kontrak Ahli BLACKPINK Tak Berjalan Lancar?

Adakah hubungan BLACKPINK bersama YG Entertainment sudah sampai ke penghujungnya?

Menurut laporan media, kontrak eksklusif kumpulan wanita itu mungkin akan berakhir pada Ogos ini dan Lisa sudah pun memulakan rundingan namun belum mencapai persetujuan. Malah kahbarnya agensi itu mengharapkan ‘persetujuan dramatik’ meskipun keduanya mempunyai pandangan berbeza.

Dalam pada itu, laporan media ini mendedahkan bahawa perbincangan antara Jisoo, Jennie dan Rosé sedang berjalan dengan baik. Respon YG Entertainment pula, khabar angin mengenai kepincangan rundingan kontrak dengan Lisa adalah tidak berasas.

blackpink

Tak cukup dengan itu, ada khabar angin mengatakan bahawa Jennie dan Jisoo mungkin akan meninggalkan syarikat itu untuk memulakan langkah baru dalam akrier solo mereka. Bagaimanapun, Rosé pula dikatakan mungkin akan menyambung kontraknya bersama agensi itu.

Namun begitu, ini hanyalah khabar angin sahaja dari media China dan tiada pengesahan lanjut mengenainya.

Sama-sama kita nantikan.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...