Ikuti Kami:

Lisa BP & ‘Kekasih’ Frédéric Arnault Tonton Perlawanan Bola Sepak Bersama Di Paris?

Lisa BP & ‘Kekasih’ Frédéric Arnault Tonton Perlawanan Bola Sepak Bersama Di Paris?

Semakin hari semakin banyak bukti yang menyatakan Lisa BLACKPINK dan Frédéric Arnault sedang mempunyai hubungan istimewa.

Terbaru pada 28 November, Lisa dilihat sedang bersorak untuk Lee Kang-in, ketika Liga Juara Paris Saint-Germain (PSG) menentang pasukan Liga Perdana, Newcastle United FC, yang berlangsung di Paris.

Menarik perhatian, teman lelaki khabar angin idola itu iaitu Frédéric Arnault, turut dilihat hadir dan duduk beberapa baris di belakang Lisa, untuk menonton perlawanan bola sepak tersebut bersama abangnya, Antoine Arnault.

Meskipun mereka berdua duduk berasingan namun, ramai yang membuat dakwaan ‘pasangan’ itu semestinya hadir bersama ke situ.

Namun sehingga kini, YG Entertainment masih belum memberikan apa-apa respon mengenai khabar angin berkenaan.

Rajin betul Lisa lepak kat Paris sekarang.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...