Ikuti Kami:

Peminat Tebak Lisa BLACKPINK Dah Keluar Dari YG Entertainment Sejak Oktober Lalu?

Peminat Tebak Lisa BLACKPINK Dah Keluar Dari YG Entertainment Sejak Oktober Lalu?

Sehingga ke hari ini, masih ada pelbagai khabar angin tersebar mengenai status kontrak BLACKPINK bersama YG Entertainment.

Terbaru, peminat telah mendapati bahawa salah seorang pengurus rapat Lisa iaitu Alice Kang, telah berhenti bekerja di YG Entertainment.

Menerusi akaun profilnya di laman LinkedIn, Alice yang mula berkhidmat di agensi tersebut pada Oktober 2018, tidak lagi bernaung di YG Entertainment sejak Oktober 2023.

Memandangkan kedua-dua mereka rapat, ada yang membuat spekulasi bahawa Alice telah mengikuti jejak Lisa ke agensi baru, selepas turut keluar dari syarikat itu.

Bagaimanapun, ada juga yang berpendapat bahawa Alice Kang bersama-sama pengurus wanita BLACKPINK yang lain, hanya bekerja dengan kumpulan itu untuk konsert jelajah mereka yang telah pun tamat pada September lalu.

Sementara itu, YG Entertainment masih berdiam diri mengenai status kontrak BLACKPINK bersama agensi berkenaan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...