Sepertinya ramai yang tertarik dengan kisah cinta melibatkan Lisa BLACKPINK.
Baru-baru ini, outlet media melaporkan ahli BLACKPINK itu mempunyai hubungan dengan penyanyi Amerika, Dominic Pike. Katanya, mereka memiliki cacahan tatu pasangan di lengan masing-masing dan orang dalam mengatakan keduanya sering menyebut nama satu sama lain di media sosial sebelum memadamnya. Malah Lisa dan Dominic turut menangkap gambar mesra bersama peminat.
Media lain pula mengatakan bahawa Lisa bercinta dengan seorang lelaki bernama P yang dikaitkan dengan Crazy House, kabaret popular di Paris selari dengan Moulin Rouge dan Lido. Bagi yang tidak mengetahui, Crazy House memilih wanita itu sebagai bintang jemputan lantas menjadi perhatian ramai. Menurut laporan, Lisa akan melakukan persembahan sebanyak 5 kali selama 3 hari. Ada yang mengatakan Lisa sudah mempunyai hubungan rapat dengan artis di acara itu.
Julai lalu, Lisa dikhabarkan sedang bercinta dengan Frederic Arnault iaitu anak ketiga Bernard Arnault, ketua jenama mewah LVMH dan CEO jenama jam tangan TAG Heuer. Terbaru, ada yang mengatakan Lisa sudah pun membawa lelaki tinggi lampai tersebut bertemu keluarganya di Thailand baru-baru ini. Ada yang kata mereka meluangkan masa bersama di atas kapal layar di Sungai Chao Praya.
Walaupun khabar angin ini sedang berterbangan, YG Entertainment memilih untuk mendiamkan diri dan tidak memberikan respon rasmi mengenai isu ini.
Hmmm.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.