Ikuti Kami:

Saham YG Entertainment Dilapor Jatuh Merudum Dek Berita Lisa BP Bakal Keluar Agensi?

Saham YG Entertainment Dilapor Jatuh Merudum Dek Berita Lisa BP Bakal Keluar Agensi?

Baru sahaja khabar angin, sepertinya berita Lisa BLACKPINK meninggalkan YG Entertainment sudah pun memberikan kesan.

Menurut Korea Exchange, agensi itu menutup perdagangan (trading) pada nilai 73,400 won di KOSDAQ pada hari ini di mana ia menurun sebanyak 5.83% dari hari sebelumnya.

Nilai saham YG Entertainment yang meningkat pada 85,000 won pada awal sesi perdagangan namun menjunam jatuh selepas spekulasi bahawa Lisa akan meninggalkan syarikat itu, seperti yang dilaporkan media.

blackpink

Tambahan pula, ada khabar dari China mengatakan bahawa YG Entertainment sukar untuk menentukan jadual Lisa selepas Ogos kerana ketidakpastian mengenai pembaharuan kontrak.

Walau bagaimanapun, agensi itu menafikan berita berkenaan dan menjelaskan bahawa mereka masih lagi sedang berbincang.

Wah dahsyat ya impak Lisa!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...