Ikuti Kami:

Lisa Bakal Tinggalkan Agensi Dek Bayaran Tak Sama Rata Dengan Ahli BLACKPINK Lain?

Lisa Bakal Tinggalkan Agensi Dek Bayaran Tak Sama Rata Dengan Ahli BLACKPINK Lain?

Masih lagi di awangan, rata-rata peminat BLACKPINK terus berasa runsing memikirkan nasib kontrak eksklusif kumpulan itu bersama YG Entertainment.

Menurut media antarabangsa, kemungkinan besar ahli yang masih lagi belum mencapai kata sepakat mengenai pembaharuan kontrak ialah Lisa memandangkan isu berpanjangan berkaitan pendapatan.

Khabarnya, walaupun wanita kelahiran Thailand itu merupakan ahli paling popular namun dia dibayar kurang berbanding Jennie, Rose dan Jisoo lantas Lisa mungkin sedang mencari syarikat yang mampu memberikan peratusan bayaran lebih lagi.

Walaupun berita ini belum disahkan namun peminat terus setia menantikan kemas kini terbaru dari YG Entertainment bagi menghilangkan tanda tanya yang terus bermain di fikiran masing-masing.

blackpink

Sebelum ini, kes seakan sama pernah dibincangkan oleh bekas ahli CLC yang juga merupakan warganegara Thailand iaitu Sorn. Katanya, dia sering berasa kecewa bagaimana idola bukan berasal Korea yang dilayan tidak sama rata dari sudut bayaran. Malah, dia turut mendedahkan bahawa Lisa mempunyai syarat kontrak yang seakan sama dengannya.

Jelas Sorn, disebabkan ada kepincangan di antara undang-undang Korea dan Thailand, dia hanya mendapat sebahagian dari bayaran sepatutnya di mana ianya lebih sedikit berbanding ahli dari Korea. Menurutnya, sebahagian lagi dari duitnya itu disimpan oleh Pertubuhan Artis Muzik Korea (FKMP). Walau bagaimanapun, situasi itu berjaya diselesaikan selepas Sorn menghubungi pihak persatuan itu.

Apa pun, ini hanya telahan sahaja dan berkemungkinan besar Lisa masih lagi kekal bersama BLACKPINK.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...