Ikuti Kami:

Lirik Lagu NEWJEANS ‘Cookie’ Dianggap ‘Tidak Sopan’, CEO Min Heejin Tampil Beri Penjelasan

Lirik Lagu NEWJEANS ‘Cookie’ Dianggap ‘Tidak Sopan’, CEO Min Heejin Tampil Beri Penjelasan

Baru sahaja debut, kumpulan NEWJEANS nampaknya telah terpalit dengan satu isu.

Pada 10 Ogos, JoongAng Ilbo telah melakukan temu bual bersama CEO ADOR Min Hee-jin yang menguruskan kumpulan yang baru sahaja debut iaitu NEWJEANS.

Untuk pengetahuan, lirik lagu debut NEWJEANS “Cookie” dianggap mempunyai maksud yang ‘tidak sesuai’ dan berbaur lucah. Berikutan itu, ramai netizen berpendapat bahawa Min Hee-jin mempopularkan pedofilia memandangkan semua ahli NEWJEANS adalah bawah umur.

Dalam temu bual yang dilakukan, Min Hee-jin menjawab tuduhan itu dengan menjelaskan,

Perkataan ‘Cookie’ itu bermula sebagai perkataan slanga pada tahun 70-an dan 80-an dan masih digunakan di Amerika Syarikat, dengan cara yang sama, bermaksud ‘menghias dengan cantik’ dan mempunyai nilai budaya yang hebat.

Dia juga memberitahu bahawa “Cookie” ialah lagu untuk peminat dan berkata,

Kami membuat album ini dengan niat membakar biskut dengan teliti.

Oh macam tu..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...