Ikuti Kami:

Lihat Masa Lalu Bila Tersentuh Punggung, Episod Awal ‘Behind Your Touch’ Raih Rating Tinggi

Lihat Masa Lalu Bila Tersentuh Punggung, Episod Awal ‘Behind Your Touch’ Raih Rating Tinggi

Peminat drama romantik dan kelakar, ada drama baru untuk korang!

“Behind Your Touch” mengisahkan Bong Ye-bun (Han Ji-min) iaitu seorang veterinar di perkampungan pertanian tanpa jenayah Mujin yang mampu melihat masa lalu binatang dan orang menerusi kemampuan psikometri dan detektif yang memerlukan kebolehan wanita itu bagi kembali ke Universiti Gwangsu, Seoul.

Untuk episod awal ini, penonton diperkenalkan dengan watak Bong Ye-bun iaitu seorang wanita yang kehilangan ibunya dalam satu kemalangan dan tidak diterima datuk yang merupakan seorang doktor haiwan. Tidak berputus asa, wanita tersebut belajar bersungguh-sungguh dan mengambil alih klinik milik datuknya itu namun tidak dapat terlepas dari merawat haiwan ternakan orang kampung seperti lembu, kambing dan sebagainya.

behind your touch

Dalam pada itu, kehidupan Bong Ye-bun berubah bertambah malang apabila dia mengenali Moon Jang-yeol yang tercampak ke balai polis perkampungan Mujin dan sedaya upaya cuba kembali ke Seoul untuk meneruskan tugas sebagai detektif jenayah keganasan.

Selepas dua episod tayangan, “Behind Your Touch” mencapai rating yang baik sebagai 5.3% dan 5.8% sekaligus membuktikan bahawa ramai yang menantikan siaran perdana drama diterajui Han Ji-min, Lee Min-ki dan Suho EXO ini.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...