Ikuti Kami:

Kombinasi Misteri, Fantasi & Komedi, Ini Sebab Wajib Tonton ‘Behind Your Touch’ Di Netflix

Kombinasi Misteri, Fantasi & Komedi, Ini Sebab Wajib Tonton ‘Behind Your Touch’ Di Netflix

Peminat drama komedi romantik dan misteri pastinya gembira apabila “Behind Your Touch” memulakan tayangan kan?

Menerusi sidang medianya, penonton dapat mengetahui dengan lebih lanjut mengenai intipati “Behind Your Touch” menerusi perbualan pengarah, penulis dan teraju utamanya iaitu Lee Min-ki, Han Ji-min dan Suho EXO.

Drama ini mengisahkan Bong Ye-bun (Han Ji-min) iaitu seorang veterinar di perkampungan pertanian tanpa jenayah Mujin yang mampu melihat masa lalu binatang dan orang menerusi kemampuan psikometri dan detektif yang memerlukan kebolehan wanita itu bagi kembali ke Universiti Gwangsu, Seoul.

‘Hip’ peranan penting

Menerusi judulnya, pengarah Kim Seok-yoon menjelaskan bahawa drama komedi ini mengambil nama ‘hip’ sebagai sesuatu yang unik dan popular pada masa kini.

Disebabkan kemampuan psikik yang diperolehi ialah teruk kerana hanya boleh digunakan apabila memegang punggung, saya mahu menekspresikan kedua-dua tema itu secara samar-samar.

behind your touch

Percubaan komedi 

Jelas Han Ji-min yang membawa watak veterinar, ianya merupakan sedikit berlainan dari adiwira dengan kuasa lain,

Saya merasakan ia memaparkan kombinasi secukupnya dari thriller dan komedi.

Akui Lee Min-ki, dia berasa teruja semasa membaca skrip dan tidak mempunyai alasan untuk tidak menyertainya,

Saya menyertainya dengan hati terbuka.

Suho EXO pula menjelaskan bahawa dia sangat tertarik dengan pengarah Kim Seok-yoon yang pernah mengarahkan drama popular “My Liberation Notes”. Jelasnya lagi,

Semakin saya membaca mengenai Sun-woo, semakin saya berasa ingin tahu mengenai perasaan sebenarnya. Sebab itu, saya mahu melakukannya.

behind your touch

Plot mempesonakan

Menerusi soalan persona drama, “Behind Your Touch”, jelas Suho EXO

Keunikan drama ini ialah ia mempunyai banyak ramalam dan merupakan satu naskhah yang mempunyai banyak interpretasi. Ada babak yang kelihatan lain apabila ditonton lebih dari sekali. Menerusi aspek itu, pasti ramai yang akan tertarik dengannya.

Bagi yang belum menonton, episod “Behind Your Touch” sudah pun boleh dilayari di laman penstriman Netflix kini dan ianya bersiaran pada setiap Sabtu dan Ahad.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...