Ikuti Kami:

“Letih Dah Sebenarnya” – BoA Dikecam Hebat Isu Street Man Fighter, Kini SM Entertainment Ambil Tindakan

“Letih Dah Sebenarnya” – BoA Dikecam Hebat Isu Street Man Fighter, Kini SM Entertainment Ambil Tindakan

Penyanyi BoA, kini tampil meluahkan perasaannya, setelah dikritik hebat akibat satu insiden baru-baru ini.

Dalam episod terbaru kali ini, hasil keputusan Global K-Dance Mission telah pun disiarkan. Prime Kingz dan Bang Two Brothers akhirnya menduduki tempat ke-7 dan juga ke-8 dan mereka perlu berentap dalam pertandingan penyingkiran.

Selepas mereka berentap, kumpulan Prime Kingz akhirnya kalah dan disingkirkan daripada keseluruhan rancangan tersebut, dan keputusan itu diadili oleh pihak juri iaitu, BoA, Eun-hyuk Super Junior dan Woo-young 2PM.

BoA menerima kecaman hebat akibat kata-kata yang diberikan kepada ketua kumpulan itu, Prime Kingz, Trix.

Kamu adalah ketua terbaik dan kamu ketua yang mempunyai semangat kumpulan yang hebat apabila awak berusaha untuk memperkenalkan kumpulan Prime Kingz kepada umum. Tapi ianya tidak cukup. Saya harap awak akan berusaha lebih keras untuk membantu Prime Kingz lebih dikenali selepas ini. 

Insiden yang berlaku di mana dia memberi komen terhadap peserta, menerima kecaman hebat dari kalangan peminat.

Menerusi akaun Instagram rasminya, BoA berkata,

Bukan juri yang memilih kumpulan yang bertanding kan? Jika krew Bank Two Brothers yang disingkirkan, mungkin kritikan ini semua akan menjadi kurang serius? Letih sebenarnya memikirkan semua perkara yang akan jadi setiap kali. 

BoA juga berkongsi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh SM Entertainment mengenai isu dia dikritik hebat oleh netizen. Tindakan yang benar juga telah diambil agar perkara sebegini tidak berulang lagi.

Korang ni pun… memang itu kerja juri kan..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...