Ikuti Kami:

Rain Jadi Hos Bagi Siri Pertandingan Prekuel ‘Street Man Fighter’

Rain Jadi Hos Bagi Siri Pertandingan Prekuel ‘Street Man Fighter’

Penyanyi dan pelakon, Rain secara rasminya akan mengacarakan “Be Mbitious”, sebuah program hiburan di bawah Mnet, yang merupakan satu pertandingan tarian prekuel dan menjadi tayangan perdana “Street Man Fighter” pada akhir musim panas ini.

Sebelum ini, Mnet mengumumkan program hiburan ‘Be Mbitious’ adalah untuk memberi peluang kepada penari yang bukan sebahagian daripada krew tarian aktif untuk bersaing di dalam “Street Man Fighter”. Banyak penari solo yang terdiri daripada idola K-Pop, koreografer terkenal, penari berdaya saing yang mana telah memperoleh pingat di pertandingan global, serta ramai lagi yang dijangka akan menyertai uji bakat untuk mendapat tempat dalam krew tarian yang akan dibentuk menjadi krew, “Ambicious” melalui program “Be Mbitious”.

rain

Tayangan perdana tersebut bakal dilancarkan pada bulan hadapan iaitu pada 24 Mei. Pihak Mnet  juga telah memilih Rain sebagai hos utama uji bakat bagi program “Be Mbitious” yang akan datang. Rain juga dijangka menunjukkan sisi profesionalnya bukan sahaja sebagai pengacara uji bakat, tetapi juga sebagai mentor kepada calon-calon penari yang bertanding dalam program prekuel ini.

Dalam pada itu, Rain turut berkongsi pandangannya mengenai program hiburan kali ini,

Saya teruja dan sangat menantikan hasil daripada ‘Be Mbitious’, yang akan menjadi permulaan kepada ‘Sman Wave.’ Saya sangat berharap bahawa tahun ini juga akan menjadi tahun buat penari.

rain

Sementara itu, “Street Man Fighter”, merupakan satu program kesinambungan kepada program pertandingan krew tarian popular “Street Woman Fighter” yang disiarkan pada 2021 lalu.

Peminat pasti sangat terbiasa dengan keupayaan Rain dalam lakonan dan nyanyian jadi kali ini, pasti peminat akan lebih mengagumi bakatnya dalam bidang pengacaraan pula!

Nantikan kemunculan Rain dalam program ini okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...