Ikuti Kami:

Lepas Tuduhan Terbesar, G-Dragon Bakal Tubuhkan Yayasan Anti Dadah

Lepas Tuduhan Terbesar, G-Dragon Bakal Tubuhkan Yayasan Anti Dadah

Betul ke ni?

Pada sidang akhbar yang diadakan di Seoul pada 21 Disember, agensi baru G-Dragon berkongsi lebih lanjut mengenai rancangan idola itu untuk tahun hadapan.

Bintang kumpulan K-Pop popular, G-Dragon dikatakan akan menubuhkan satu yayasan anti dadah selepas apa yang menimpa ke atas dirinya. Idea ini tercetus apabila dia merasakan ia merupakan salah satu langkah untuk membanteras aktiviti penyalahgunaan barangan terlarang dalam kalangan belia.

Sepucuk surat yang ditulis oleh G-Dragon mengenai yayasan anti dadahnya turut dibacakan pada sidang media itu, berbunyi,

Melalui kejadian ini, saya mendapat tahu bahawa terdapat orang yang terdedah kepada dadah dan memerlukan rawatan. Saya akan mencipta sesuatu yang boleh membantu mereka mendapatkan rawatan. Saya juga mahu mewujudkan masyarakat di mana semua orang boleh dihormati dan menerima layanan yang adil.

Saya dapat mengatasi insiden ini dengan tenang, terima kasih kepada VIP atas sokongan kamu, jadi saya ingin membuat sumbangan pertama dengan tubuhkan yayasan saya di bawah nama anda.

Bagi yang belum tahu, G-Dragon sebelum ini telah dituduh terlibat dan menggunakan dadah terlarang namun dia berjaya membuktikan bahawa dirinya tidak bersalah.

Respect dengan keputusan GD.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...