Ikuti Kami:

Lepas Son Hojun, Penonton Terkejut Lihat Nasib Malang Kim Raewon Sebelum Episod Akhir ‘The First Responders 2’

Lepas Son Hojun, Penonton Terkejut Lihat Nasib Malang Kim Raewon Sebelum Episod Akhir ‘The First Responders 2’

Tidak dinafikan, “The First Responders 2” mendapat respon hangat dari penonton dek plot tergantung ketika musim pertamanya.

Walau bagaimanapun, ramai meluahkan rasa hampa apabila penulis tak semena-mena mematikan watak penting Bong Do-jin (Son Ho-jun) dengan alasan mahu menambahkan saspens ketika di awal tayangan.

the first responders 2

Kemarahan itu semakin membuak apabila Jin Ho-gae pula menemui ajalnya semasa menyiasat kes Ma Tae-hwa dalam episod kedua terakhir. Bahkan penonton meluahkan rasa kasihan melihat Song Seol (Gong Seung-yeon) yang sudah dua kali kematian orang terdekat dengannya.

Komen mereka,

Saya berharap mereka matikan semua watak utama dan tak payah buat musim ketiga.

Saya masih lagi tak percaya. Memang drama paling teruk kalau dua watak utama mati.

Dia tak mati.. dia tak mati..

Penulis bergaduh dengan pelakon utama ke?

Saya rasa dia hanya palsukan kematian itu.

Dalam pada itu, episod terakhir “The First Responders 2” akan bersiaran pada malam ini.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...