Susah sebenarnya nak capai jangkaan peminat K-Drama, tambahan pula apabila sesebuah naskhah itu disambung untuk musim keduanya.
Seperti “The First Responders”, ramai memberikan perhatian penuh apabila musim kedua memulakan tayangan tapi sepertinya ia gagal memuaskan hati penonton meskipun sudah 10 episod ditayangkan.
Khabarnya, penonton mula hilang minat apabila pihak produksi mematikan watak utama iaitu Bong Do-jin (Son Ho-jun) tanpa sebab yang kukuh. Malah kehilangan itu memberikan kesan buat pasukan bomba penyelamat kerana mereka kehilangan figura yang kuat kini.
Bukan itu sahaja, kematian watak penting itu malah memberikan kesan pada hubungan cinta antara Song Seol (Gong Seung-yeon) dan Jin Ho-gae (Kim Rae-won) di mana penulis memilih untuk menghentikan interaksi romantis antara mereka buat masa ini.
Ada yang mengatakan bahawa musim kali ini kurang menyengat kerana penulis memberikan fokus kepada satu kes besar sahaja kini dan bukan seperti musim lalu di mana mereka menyelesaikan kes berlainan pada setiap episod lantas tiada turun naik dalam plotnya.
Pun begitu, ini hanyalah pendapat penonton sahaja dan mungkin ramai yang masih menyukai “The First Responders 2” memandangkan catatan rating yang agak stabil iaitu dalam lingkungan 5% sahaja meskipun musim lalu meraih rating lebih 9%.
Apa kata korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.