Ikuti Kami:

“Lepas Dibedah, Dia Jadi Robot (AI)” – Penulis Bincang Musim Ke-4 ‘Love (ft. Marriage & Divorce)’

“Lepas Dibedah, Dia Jadi Robot (AI)” – Penulis Bincang Musim Ke-4 ‘Love (ft. Marriage & Divorce)’

Siapa lagi masih terkejut dengan kesudahan musim ketiga “Love (Ft. Marriage And Divorce)?

Terbaru, penulis drama itu iaitu Im Sung-han telah menjalani satu temu ramah bersama rakan media. Malah dia telah mendedahkan rahsia mengenai ending musim tersebut.

Katanya,

Selepas Seo Ban (Moon Sung-ho), Seo Dong-ma (Boo Bae) juga akan menjadi kecerdasan buatan (AI).

Rupanya Seo Ban yang dilihat kaku pergerakannya sebenarnya ialah AI berdasarkan pendedahan mengejut penulis siri ini.

Seperti yang semua ketahui, Seo Dong-ma yang baru berkahwin dengan Sa Pi-young (Park Joo-mi) mengalami kemalangan di penghujung musim ditebak sudah menemui ajal ketika dalam perjalanan menuju ke hospital.

love (ft. marriage and divorce)

Dedah penulis itu mengenai endingnya,

Dong-ma yang mengalami mati otak, akan menjadi AI seperti abangnya, Seo Ban. Ianya berikutan pembedahan yang dilakukan oleh ayahnya sendiri iaitu Presiden Seo yang merupakan doktor pembedahan saraf dan presiden di SF Electronics.

Apabila ditanya sama ada musim ke-4 akan dihasilkan, ini jawapannya,

Ianya bukan sesuatu yang boleh ditentukan oleh penulis.

Dalam pada itu, dia turut mengakui kelemahannya kerana tidak dapat menyelitkan segala plot yang dibayangkan ke dalam musim ketiga.

Tinggi kan imaginasi penulisnya?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...