Ikuti Kami:

Ending Bikin Geram, Episod Akhir ‘Love (ft. Marriage & Divorce) 3’ Raih Rating Tinggi

Ending Bikin Geram, Episod Akhir ‘Love (ft. Marriage & Divorce) 3’ Raih Rating Tinggi

Sampai musim ketiga, namun “Love (ft. Marriage & Divorce) 3” tak gagal membuatkan penonton tak senang duduk hingga ke penghujungnya.

Persoalan demi persoalan

[Amaran SPOILER]

Sepertinya Dong-ma yang bakal menemui ajal kerana dia diikuti oleh dua malaikat maut ke mana-mana. Semasa sedang mencari baju, sebahagian daripada siling telah runtuh dan menghentam kepala lelaki itu.

ending love (ft. marriage and divorce) 3

Kemudian, Seo-ban pula dilihat melangsungkan perkahwinan bersama Song-won manakala Sa-hyeon pula mencium wanita lain di dalam tab mandi. Lebih mengejutkan apabila Pi-young digambarkan seperti sedang bertarung nyawa melahirkan anaknya seorang diri.

ending love (ft. marriage and divorce) 3

Sekembalinya dari hospital, Hye-ryung terlihat seorang roh kanak-kanak dan bertanyakan namanya kerana hanya dia yang boleh melihatnya. Kanak-kanak itu memberitahu bahawa ‘mereka akan mengambil nyawa orang tua itu’. Di dalam ambulans, Dong-ma yang cedera parah di bahagian kepala terjaga dan bertanyakan identiti malaikat maut yang berada di sampingnya.

ending love (ft. marriage and divorce) 3

Bercelaru kan endingnya?

Komen penonton

Rata-rata penonton mengeluh melihat plot “Love (ft. Marriage & Divorce) 3” yang sepertinya ke laut hingga ke penghujungnya.

Punyalah nak bawa plot hantu sampai tarik ke musim ke-4?

 

Macam ‘over’ je bunuh suami walaupun isteri sudah mahu bersalin.

 

Ending yang entah apa-apa.

 

Paling terkejut sebab tak ada musim ke-4.

 

Dengan babak yang satu ini, kesemua musim terasa seperti andromeda.

Walaupun dibanjiri kritikan namun ramai yang sepertinya seronok melayan drama bersiri ini. Bahkan episod akhirnya ini berjaya meraih rating terbaik sepanjang musim ini dengan catatan 10.395%.

Namun angka itu tidak mampu melawan rekod terbaik yang dicatatkan oleh siri itu iaitu 16% ketika musim keduanya.

Korang dah layan ke?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...