Dari berlakon dalam filem dan drama, kini pasangan Hyunbin dan Son Ye-jin sudah setahun memasuki alam perkahwinan bersama.
Terbaru pada 2 April, Son Ye-jin telah berkongsi foto bunga sakura di laman Instagram peribadinya, sambil berkongsi rutin hariannya sebagai seorang isteri dan ibu kini.
Tulis pelakon wanita itu di hantaran berkenaan,
Musim bunga. Memeriksa keadaan habuk halus pada waktu pagi selepas bangun tidur telah menjadi sebahagian dari rutin harian saya.
View this post on Instagram
Sambungnya lagi,
Namun, ia adalah musim bunga. Jadi saya harap hari anda juga mekar seperti bunga sakura.
Sementara itu, Son Ye-jin telah berkongsi fotonya bersama Hyunbin pada 31 Mac lalu, bagi menyambut ulang tahun pertama perkahwinan mereka.
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉