Ikuti Kami:

“Lemak Badan Saya Hanya 6%..” – Im Siwan Dedah Berat Badan Turun Ketara Untuk Filem Baru

“Lemak Badan Saya Hanya 6%..” – Im Siwan Dedah Berat Badan Turun Ketara Untuk Filem Baru

Nampaknya, Im Si-wan telah melakukan persediaan yang mantap untuk filem barunya.

Baru-baru ini, Im Si-wan telah menghadiri sidang media untuk filem barunya berjudul “Road to Boston”, di mana pelakon itu ada mendedahkan persediaannya untuk memainkan watak sebagai Sun Yun-bok, seorang pelari maraton kebangsaan Korea.

Pada awalnya, Im Si-wan berkongsi bahawa dia memang amat menjaga pemakanannya untuk memastikan badannya kekal fit sebelum penggambaran,

Saya sentiasa perlu makan dada ayam dan salad sebagai diet sejak mula menjalani penggambaran sehingga tamat. Saya juga perlu bersenam setiap hari.

im siwan road to boston

Sambugnya lagi dengan mendedahkan kesan selepas dia melakukan diet,

Saya mengukur lemak badan saya dan ia hanyalah 6%. Itu bukan matlamat saya tetapi ketika saya melihat angka itu buat kali pertama dalam hidup, saya fikir ia menakjubkan.

Sementara itu, filem “Road to Boston” akan menemui penonton di pawagam pada 27 September ini.

Jangan lupa sokong Im Si-wan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...