Ikuti Kami:

Banyak Watak Baru, Im Siwan, Kang Haneul & Ramai Lagi Akan Sertai ‘Squid Game 2’

Banyak Watak Baru, Im Siwan, Kang Haneul & Ramai Lagi Akan Sertai ‘Squid Game 2’

Siap sedia semua untuk saksikan musim kedua “Squid Game” dengan lebih ramai pelakon hebat!

Terbaru pada 18 Jun, Netflix telah berkongsi video trailer untuk “Squid Game 2”, sekaligus mengumumkan antara pelakon baru yang akan turut membintangi sekuel drama tersebut.

Untuk pengetahuan, pelakon dari musim 1 iaitu Lee Jung-jae, Lee Byung-hun, Wi Ha-joon dan Gong Yoo akan kembali beraksi dalam musim 2.

Menarik perhatian, banyak watak baru yang akan muncul dalam musim kedua kali ini, yang akan dimainkan oleh Im Si-wan, Kang Ha-neul, Park Sung-hoon dan Yang Dong-geun.

Sementara itu, “Squid Game 2” telah dijadualkan untuk memulakan penggambaran pada Julai ini dan bakal menemui penonton pada 2024 nanti.

Sama-sama kita tunggu!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...