Ikuti Kami:

Lee Jungjae Dilapor Terima Bayaran Lebih RM3 Juta Untuk Setiap Episod ‘Squid Game 2’, Betul Ke?

Lee Jungjae Dilapor Terima Bayaran Lebih RM3 Juta Untuk Setiap Episod ‘Squid Game 2’, Betul Ke?

Mesti ramai yang teruja untuk menantikan musim kedua “Squid Game”, kan?

Umum pasti mengetahui, bahawa Lee Jung-jae yang memainkan watak utama Seong Gi-hun dalam “Squid Game”, merupakan salah seorang pelakon paling berjaya di Korea Selatan.

Terbaru pada 11 Oktober, saluran media melaporkan bahawa bayaran Lee Jung-jae untuk setiap episod dalam musim kedua “Squid Game” akan datang, dianggarkan sebanyak 1 bilion won (RM3,254,858).

Oleh itu, jika musim 2 siri popular itu akan mempunyai 9 episod sama seperti musim 1, Lee Jung-jae akan meraih sebanyak 9 bilion won (RM29,270,558) untuk penampilannya. Banyaknya!

squid game 2

Bagaimanapun, selepas laporan itu tersebar, pihak “Squid Game” tampil memberi penjelasan,

Kami masih belum membincangkan mengenai bayaran kerana kami sedang mengusahakan skrip untuk musim 2.

Dalam pada itu, musim 2 “Squid Game” dijangka akan memulakan penggambaran pada 2023, dan bakal menemui penonton pada 2024 nanti.

Sama-sama kita nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...