Ikuti Kami:

Lee Yubi Dilamar Terajui Siri Netflix ‘Lee Doona!’ Bersama Suzy

Lee Yubi Dilamar Terajui Siri Netflix ‘Lee Doona!’ Bersama Suzy

Peminat K-drama pasti amat mengenali seorang pelakon wanita, Lee Yu-bi yang terkenal melalui drama-drama terkenal seperti “Yumi’s Cells” dan juga “The Penthouse 3” yang sebelum ini berjaya meraih jutaan penonton. Terbaru, Lee Yu-bi dikhabarkan sedang mempertimbangkan tawaran untuk berlakon dalam adaptasi drama dari Netflix!

Pada 21 April lalu, terbaru agensi Lee Yu-bi iaitu Y-Bloom Entertainment menyiarkan satu kenyataan mengenai berita tersebut melalui laman rasmi Newsen,

Ia merupakan antara naskhah yang sedang diteliti dengan positif

lee yoobi

Pastinya sebelum ini, umum mengetahui mengenai perkhabaran mengenai pelakon Yang Se-jong yang juga bakal menjadi teraju utama dalam siri adaptasi drama tersebut. Selain daripada itu, pelakon, Suzy turut bakal membintangi adaptasi drama tersebut sebagai pelakon wanita utama.

“Lee Doona!” merupakan kisah yang berdasarkan webtoon dimana skripnya ditulis oleh penulis Min Song-i, dan ia menceritakan mengenai seorang idola yang memilih untuk bersara dan Lee Won-jun, pelajar baru di kolej, tinggal di rumah kongsi yang sama.

Korang rasa Lee Yoo-bi akan sertai siri adaptasi drama ini ke tak?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...