Ikuti Kami:

Yang Sejong Sedang Teliti Tawaran Siri Asal Netflix ‘Lee Doona!’

Yang Sejong Sedang Teliti Tawaran Siri Asal Netflix ‘Lee Doona!’

Peminat K-drama semestinya amat mengenali drama “Doctor Romantic” yang pernah terkenal tidak lama dahulu. Terbaru, salah seorang pelakon drama tersebut yang juga merupakan model terkenal, Yang Se-jong khabarnya telah menerima tawaran untuk tampil dalam siri Netflix yang akan datang.

Menurut agensinya, Blossom Entertainment, melalui sebuah panggilan telefon bersama Top Star News,

Memang benar Yang Se-jong menerima tawaran untuk siri Netflix “Lee Doona!”.

Ikutan daripada itu, Xports News secara eksklusif melaporkan bahawa pelakon Yang Se-jong akan membintangi siri asal baharu Netflix, “Lee Doona!”. “Lee Doona!” merupakan kisah yang berdasarkan webtoon dimana skripnya ditulis oleh penulis Min Song-i, dan ia menceritakan mengenai seorang idola yang memilih untuk bersara dan Lee Won-jun, pelajar baru di kolej, tinggal di rumah kongsi yang sama.

YANG SEJONGYang Se-jong ditawarkan untuk memegang watak Lee Won-jun dan dalam pada itu, wanita terkenal, Suzy sedang mempertimbangkan untuk membawa watak utama wanita, Lee Doo-na. Kedua-dua pelakon ini menerima jangkaan yang tinggi untuk berkerjasama dalam siri Netflix, “Lee Doona!” ini.

Yang Se-jong yang dilahirkan pada 1992 dan berusia 31 tahun tahun telah banyak kali muncul dalam karya-karya utama SBS seperti “Doctor Romantic” dan “Saimdang Light’s Diary” pada tahun 2016 yang lalu. Di samping itu, dia juga meneruskan kerjanya dengan membintangi drama seperti “Dual”, “Temperature of Love”, “Thirty But Seventeen”, dan juga “My Country”.

Sejak Yang Se-jong diberhentikan daripada perkhidmatan tentera pada 15 November tahun lalu, ini merupakan kemunculan semulanya yang pertama setelah sekian lama. Jadi, para peminat Yang Se-jong dan juga K-drama, jangan lepaskan peluang untuk menonton lakonan mantapnya dalam siri Netflix kali ini okay!

Tunggu kemunculan semula Yang Se-jong okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...