Lee Sungkyung Dalam Perbincangan, Kim Youngkwang Sah Terajui Siri Disney+ ‘Tell Me It’s Love’
- oleh Fareen
- 4 tahuns lalu
Kim Young-kwang telah mengesahkan penampilannya sebagai watak utama dalam siri Disney+ akan datang “Tell Me It’s Love”!
Artikel Berkaitan
Pada 21 April, Kim Young-kwang dilaporkan menerima tawaran untuk membintangi drama baharu Disney+ “Tell Me It’s Love” sebagai peneraju utama. Berikutan itu, agensinya Wide S Company memberi respon,
Kim Young-kwang telah dipilih berlakon dalam ‘Tell Me It’s Love’ dan sedang menjalani penggambaran. Kami meminta minat dan sokongan anda.
Untuk pengetahuan, “Tell Me It’s Love” ialah sebuah melodrama romantis yang menggambarkan kisah seorang lelaki dan seorang wanita yang keletihan dari realiti keras mereka namun, mula memahami satu sama lain dengan emosi baru dan mendapati diri mereka beransur-ansur berubah.
Kim Young-kwang akan membawa watak utama sebagai Han Dong-jin, seorang lelaki yang sentiasa tenggelam dalam kerjanya untuk menahan kesepiannya, dan digelar seorang yang ‘gila kerja’. Selepas terluka kerana cinta dan menahan kesepiannya dengan bekerja, kehidupan Han Dong-jin berubah apabila dia bertemu seorang wanita kerana dendam yang tidak diketahui.

Sementara itu, Lee Sung-kyung juga telah menerima tawaran untuk memegang watak utama wanita dalam naskhah ini, dan kini masih dalam perbincangan secara positif.
Menarik juga kalau mereka bergandingan, kan?
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




