Drama “Shooting Stars” belum ditayangkan, namun Lee Sung-kyung nampaknya sudah dalam proses memilih projeknya yang seterusnya.
Pada 21 April, Lee Sung-kyung dilaporkan menerima tawaran untuk membintangi siri Disney+ baharu “Tell Me It’s Love” sebagai watak utama. Sebagai tindak balas, agensi bagi pelakon tersebut YG Entertainment memberi respon,
Lee Sung-kyung menerima tawaran untuk muncul dalam drama baharu ‘Tell Me It’s Love’ dan sedang menyemaknya secara positif.
Untuk pengetahuan, “Tell Me It’s Love” ialah sebuah melodrama romantis yang menggambarkan kisah seorang lelaki dan seorang wanita yang keletihan dari realiti keras mereka namun, mula memahami satu sama lain dengan emosi baru dan mendapati diri mereka beransur-ansur berubah.
Lee Sung-kyung ditawar untuk melakonkan watak sebagai Shim Woo-joo. Dia terluka dengan sejarah keluarganya dan memutuskan untuk membalas dendam terhadap Han Dong-jin yang mempengaruhi hidupnya. Namun, kerana dia mengetahui lebih lanjut tentang Han Dong-jin, dia mula mengembangkan perasaan terhadapnya.
Dalam pada itu, Kim Young-kwang turut dikhabarkan menerima tawaran watak utama lelaki dalam drama ini sebagai Han Dong-jin.
Sama-sama kita nantikan keluaran “Tell Me It’s Love” yang telah dijadualkan untuk tayang pada separuh pertama 2023!