Ikuti Kami:

“Lee Sunbin Sering Beri Sokongan, Kami Sedang Bercinta Dengan Baik” – Lee Kwangsoo

“Lee Sunbin Sering Beri Sokongan, Kami Sedang Bercinta Dengan Baik” – Lee Kwangsoo

Hubungan cinta Lee Kwang-soo dan Lee Sun-bin ternyata mendapat sokongan ramai.

Terbaru, Lee Kwang-soo telah menghadiri sidang media untuk drama “The Killer’s Shopping List”.

Saja mengusik, hos acara itu sempat bertanya sama ada kekasih, Lee Sun-bin ada memberikan kata-kata semangat sebelum datang ke sini. Jawab Lee Kwang-soo,

Bukan sahaja hari ini, tapi dia sering menyokong saya. Kami sedang bercinta dengan baik.

lee kwangsoo

Untuk pengetahuan, Lee Kwang-soo dan Lee Sun-bin mula bercinta sejak 2018 dan acap kali berkongsi mengenai kisah satu sama lain hingga kini.

Dalam pada itu, “The Killer’s Shopping List” membawa kisah yang berlaku apabila satu mayat misteri dijumpai berdekatan sebuah flat di pinggiran Seoul dan hanya resit pembelian di sebuah pasaraya yang menjadi petunjuk. Ianya bakal ditayangkan 27 April di tvN.

Semoga hubungan ini membawa ke jinjang pelamin.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...