Utama Drama Korea Hanya 8 Episod, ‘The Killer’s Shopping List’ Lakonan Lee Kwangsoo Bakal Ada...

Hanya 8 Episod, ‘The Killer’s Shopping List’ Lakonan Lee Kwangsoo Bakal Ada Musim Kedua?

tvn the killer's shopping list

Mesti ramai yang dah lama menantikan drama baru daripada Lee Kwang-soo kan?

“The Killer’s Shopping List” membawa kisah yang berlaku apabila satu mayat misteri dijumpai berdekatan sebuah flat di pinggiran Seoul. Kisah misteri dan komedi bermula itu dengan sekeping resit pasar raya sebagai satu-satunya bukti kepada insiden itu.

Walaupun tak sabar menantikan naskhah ini, namun ramai yang menyatakan rasa hampa apabila mempelajari bahawa drama bersiri itu hanya mempunyai 8 episod.

tvn the killer's shopping list

Mengulas mengenai tempoh siaran yang singkat berbanding daripada drama lain, pengarah Lee Eon-hee menjelaskan bahawa naskhah itu sebenarnya merupakan filem namun dipanjangkan,

Jika digarap menjadi filem, saya tiada pilihan selain memberikan fokus terhadap insiden yang berlaku sahaja. Pasaraya merupakan lokasi yang biasa dengan semua orang dan ramai yang tidak memerhatikannya dengan jelas.

Disebabkan mahu mengetengahkan personaliti setiap watak, pengarah itu memilih untuk memanjangkannya lantas lahirlah sebuah drama 8 episod.

Pelakon Jin Hee-kyung juga menekankan bahawa terdapat pelbagai gaya untuk menonton drama. Disebabkan kisah ini berkisar pada kejadian yang berlaku dalam tempoh beberapa hari sahaja, jadi 8 episod sudah memadai untuk menceritakan plot itu secara keseluruhan dan menyeronokkan.

tvn the killer's shopping list

Usik pelakon wanita itu lagi,

Tapi mungkinkah akan ada musim kedua? Sekiranya para penonton memberikan sokongan dan perhatian serta kasih sayang…

Tambah Lee Kwang-soo,

Kami sudah menghampiri penghujung penggambaran. Saya berasa sedih kerana ianya sudah sampai ke penamat namun daripada sudut pandangan penonton, 8 episod juga sesuatu yang menyeronokkan.

Nantikan “The Killer’s Shopping List” bermula 27 April ini di tvN~

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBEROSEN
Loading...