Ikuti Kami:

Lee Seunggi Lantik Lee Dain Jadi Pengarah Bangunan Miliknya, Netizen Teka Mereka Bakal Berkahwin?

Lee Seunggi Lantik Lee Dain Jadi Pengarah Bangunan Miliknya, Netizen Teka Mereka Bakal Berkahwin?

Sepertinya Lee Seung-gi semakin hampir menamatkan zaman bujangnya bersama Lee Da-in?

Terbaru, pelakon lelaki itu dikhabarkan telah mendaftarkan nama kekasihnya itu sebagai pengarah dalam untuk bangunan miliknya. Disebabkan itu, ramai yang menebak bahawa pasangan merpati dua sejoli itu bakal berkahwin tak lama lagi.

Meskipun sering terpalit cerita mengenai hubungan yang sudah berantakan, namun Lee Seung-gi baru-baru ini mengesahkan bahawa dia dan Lee Da-in baik-baik sahaja menerusi sebuah entri panjang di laman peminat.

lee dain lee seunggi

Berita ini tular apabila seorang YouTuber yang merupakan bekas wartawan mendedahkan mengenai pertukaran nama tersebut.

Lee Seung-gi membeli rumah di Seonbuk-dong dengan harga 5.63 juta (RM19.5 juta) won pada akhir 2020.

Katanya, Lee Da-in didaftar sebagai pengarah dalaman untuk bangunan milik Lee Seung–gi itu dengan nama asalnya iaitu Lee Ju-hee sementara pemilik asalanya masih terletak di bawah nama Lee Seung-gi.

lee dain lee seunggi

Khabar angin ini bagaimanapun masih belum disahkan oleh kedua-dua belah pihak.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...