Ikuti Kami:

Lee Mijoo Sah Dalam Persiapan Untuk Debut Sebagai Penyanyi Solo Musim Panas Ini

Lee Mijoo Sah Dalam Persiapan Untuk Debut Sebagai Penyanyi Solo Musim Panas Ini

Buat peminat yang sudah lama menantikan kemunculan Lee Mi-joo sebagai penyanyi, ada berita gembira buat anda!

Menurut laporan media pada 25 Mei, Mi-joo kini sedang memilih lagu untuk debut solonya pada musim panas ini, pada bulan Julai atau Ogos. Dikatakan bahawa ketua penerbit Antenna, Yoo Hee-yeol turut akan mengambil bahagian dalam persiapan debut solo Mi-joo.

Berikutan itu, Antenna mengumumkan,

Memang benar Mi-joo sedang membuat persiapan untuk album solonya. Bagaimanapun, masa atau konsepnya belum disahkan. Kami akan memaklumkan anda sebaik sahaja ia disahkan.

lee mijoo solo

Sekadar info, Mi-joo telah memulakan kerjaya dengan kumpulannya LOVELYZ pada tahun 2014, dan telah mengeluarkan pelbagai lagu hit termasuk “Ah-Choo”, “Destiny” dan banyak lagi. LOVELYZ secara rasminya dibubarkan pada 16 November tahun lalu apabila kontrak ahli tamat, dan Mi-joo telah menandatangani kontrak eksklusif dengan agensinya sekarang, Antenna, dan membuat permulaan yang baharu.

Nantikan penampilan solo Lee Mi-joo!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...