Ikuti Kami:

Lee Kwangsoo Tak Kenal Suara & OST Nyanyian Teman Wanita, Ini Reaksi Comel Lee Sunbin

Lee Kwangsoo Tak Kenal Suara & OST Nyanyian Teman Wanita, Ini Reaksi Comel Lee Sunbin

Baru-baru ini, Han Sun-hwa, Jung Eun-ji dan Lee Sun-bin telah muncul sebagai tetamu dalam rancangan “Amazing Saturday”, bagi mempromosikan drama mereka “Work Later, Drink Now 2”.

Dalam siaran tersebut, ahli dan tetamu bermain permainan snek, iaitu kuiz untuk meneka runut bunyi baru dan lama. Sebelum mula bermain, Boom bertanya kepada Lee Sun-bin,

Lagu awak pernah keluar sebelum ini ketika permainan ini. Awak dah tengok episod tu?

Lee Sun-bin menjawab sambil membuka matanya sebesar-besarnya,

Saya sangat seronok menontonnya.

Sambung Boom,

Malangnya, dia tidak dapat menekanya.

lee sunbin lee kwangsoo

Respon Lee Sun-bin kembali,

Saya tahu, seseorang memberitahu saya tentang perkara itu berkali-kali.

Untuk pengetahuan, teman lelaki Lee Sun-bin iaitu Lee Kwang-soo telah muncul dalam episod “Amazing Saturday” sebelum ini. Ketika runut bunyi nyanyian teman wanitanya itu dimainkan, dia tidak mengenali suara tersebut dan memberikan jawapan yang salah.

Sambil menunjukkan ekspresi kecewa, Lee Sun-bin secara berseloroh menambah,

Ia menyeronokkan.

Ayok Lee Kwang-soo!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...